Call Us Now! 03-5510 0581

Saturday, April 19, 2014

Profil Kompeni:

Angsaraya Resources merupakan syarikat pemilikan penuh Bumiputera, yang menjalankan operasi perniagaan katering dan pengurusan acara. Walaupun asas perniagaan Angsaraya Resources pada awal penubuhannya adalah perkhidmatan katering, Angsaraya Resources kini semakin aktif bertindak sebagai penyedia khidmat latihan, perunding @ konsultan acara serta sebagai perunding pemasaran.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pengurusan kem motivasi, latihan kepimpinan, `outdoor’, `teambuilding’, hari keluarga, sukaneka,`explorace’, perkhemahan dan juga penyediaan perkhidmatan percetakan dan pengiklanan . Angsaraya Resources juga mampu menyediakan khidmat pengendalian kursus dan latihan sama ada bersifat teambuilding, outdoor mahu pun soft-skill .

Selain itu, menerusi Angsaraya Resources, kami juga memberikan perkhidmatan penyediaan khemah,kanopi dan peralatan untuk majlis jamuan lengkap berserta sistem audio-visual dan khidmat dekorasi.

Angsaraya Resources didukungi oleh pasukan pengurusan yang terdiri daripada graduan UiTM pelbagai latar pengalaman dan bidang seperti Pengurusan Perhotelan, Pentadbiran Perniagaan, Sukan dan Rekreasi serta Komunikasi dan Pengajian Media. Walaupun dilihat baru dari segi usia, namun kekuatan azam dan motivasi untuk bergerak yakin dan berjaya menjadi pemangkin untuk memastikan Angsaraya Resources terus maju dan mencapai visi korporat yang ditetapkan selain memacu pembangunan sosial dalam konteks modul insan.

Matlamat Kompeni:

Bagi mencapai Visi Korporat, Angsaraya Resources mempunyai perancangan strategik untuk mencapai wawasan syarikat berteraskan TIGA aspek utama :

1. Kepuasan Pelanggan

Kepuasan pelanggan merupakan kriteria utama piawaian ditetapkan untuk perkhidmatan kami. Kami akan memastikan setiap perkhidmatan diberikan mampu memenuhi spesifikasi dan tahap kepuasan maksimum pelanggan . Ini juga menjurus kepada falsafah kami untuk mewujudkan aliran persefahaman yang baik dengan pelanggan, sekali gus bersama-sama memacu kecemerlangan dengan pelanggan dalam hasil kerja  yang dilaksanakan .

2. Keberkesanan dan Kebolehpercayaan

Faktor ketelusan dan integriti akan menjadi pegangan kami dalam melaksanakan apa jua program dan perundingan dengan pelanggan. Ini bertujuan untuk memelihara kepentingan kedua-dua belah pihak dan paling utama mendapatkan keberkesanan maklum balas dan kebolehpercayaan dari pelanggan untuk jangka masa panjang.

3. Kecekapan dan Kualiti Tinggi

Pengurusan Angsaraya Resources akan sentiasa memastikan kualiti kerja dan kecekapan pengurusan dalam pelaksanaan kerja memenuhi standard tertinggi .

b_800_600_0_0___images_events_images_carta.jpg

Program Yang Dijalankan:

Angsaraya Resources mempunyai kemampuan melaksanakan pelbagai program dan juga menjadi konsultan perunding untuk organisasi atau kumpulan merancang aktiviti dan program yang bersesuaian dengan objektif yang dikehendaki .

Program-program yang dijalankan adalah:

  • Motivasi dan Latihan kepimpinan
  • Kecemerlangan dan Motivasi Akademik
  • Motivasi Pengurusan Organisasi
  • Pemantapan Diri dan Penampilan (Grooming)
  • Program Keusahawanan & Soft-Skill
  • Team Building
  • Khemah Ibadah (Pemantapan Rohani)
  • Hari keluarga (Family Day

Kursus & Program Outdoor :

  • Abseiling & Repailing
  • Flying-fox
  • Wall Climbing
  • Explorace
  • Sukan/ Larian Berhalangan (Obstacle)
  • War-Games
  • Sukan mendaki gunung (Mount climbing)
  • Water-base activity
  • Berakit (Rafting)
  • Paint-Ball
  • XPDC sungai (river rafting)
  • Pengembaraan hutan (Jungle Tracking)
  • Perkhemahan dan Unggun Api
  • Survival Hutan (Ikhtiar Hidup)


View Larger Map

Hubungi Kami:

Tel: 03-5566 4213

Fax: 03-5566 4213

Email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Alamat:

WISMA FA, X1-25A,
LEVEL 1, BLOK J,
JALAN PLUMBUM X7-X, SEKSYEN 7,
41300 SHAH ALAM, SELANGOR

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About

Angsa Raya do and manage all kinds of events for personal, education and businesses. Need an event manager? Call us now for a quote!

 

Event Planning
Dinner Planning
Wedding Planning
Catering Services
Team Building
Leadership Program
Motivation Camp

Online

We have 2 guests online


Visitors

This Week: 19
Total: 3004

Countries

63.5%Malaysia Malaysia
13.9%Australia Australia
12.7%United States United States
4.4%Japan Japan
1.6%Canada Canada


Copyright © Angsaraya Resources Enterprise 2012
WISMA FA, X1-25A, LEVEL 1, BLOK J, JALAN PLUMBUM X7-X, SEKSYEN 7, 41300 SHAH ALAM, SELANGOR